Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1925. Pada awal pembinaannya, sekolah ini hanyalah berasaskan dinding papan, atap rumbia, dan berlantaikan tanah.
Bersesuaian dengan peredaran zaman sekolah ini juga telah membangun dari segi fizikal . Sekarang sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan, sebuah surau dan makmal komputer. Selain itu sekolah ini juga mempunyai bangunan Prasekolah.
Pada 27 Mac 1976 bersamaan 26 Rabiul Awal 1396 YAM Datuk Haji Abu Bakar Bin Haji Abu Bakar , Undang Luak Jelebu telah sudi memperkenan merasmikan sekolah ini.
Telah ramai individu lahiran dari sekolah ini yang berjaya menempa nama dalam pelbagai bidang antaranya perniagaan, pegawai tinggi kerajaan, ahli politik dan sebagainya. Antara tokoh yang dilihat berjaya ialah Profesor Omar Munir pensyarah UTM Sekudai Johor Bahru , YB Ibrahim Sareh bekas Ahli Parlimen Jelebu.
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara SejahteraMISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara